Azizah Mahzan

Azizah Mahzan (lahir 4 November 1963) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980, beliau pernah meraih beberapa anugerah. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nasir Bilal Khan pada tahun 1990-an. Beliau pernah menggemparkan negara pada tahun 2009 apabila beberapa gambarnya bersosial di Pulau Langkawi ketika menjalani penggambaran drama Spa Q disebarkan di Internet.[1], [2] Pada tahun 2011, ketika berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa 2011 beliau telah mengumumkan persaraan ketika berusia 54 tahun akibat kekecewaannya kerana sering diberi watak stereotaip.[3]